Assalamualaikum semua sahabat Panglima Sintok,
Hari ini sudah dua hari bumi Sintok, Changlun dan lain-lain yang berdekatan telah dilimpahi rahmat hujan. Khabarnya hari ini, ada rumah yang telah dilinangi air (bah) terutamanya di Perlis dan Changlun. Ujian Allah untuk hambanya. Innalilahi wainna ilaihi rojiun :(
Pagi ni nak tulis sikit pasal erti sahabat. Semalam ketika hujan lebat berhenti sebentar, saya telah ke Pasar Malam Changlun (PMC). Tengok para peniaga tabah meniaga walaupun hujan lebat tidak terhenti-henti.
Saya cuba mencari kuewtiaw / bihun sup untuk hidangan makan malam. Makanan yang dipesan oleh isteri untuk menu berbuka puasa untuk Mak Mertua dan anak-anak.
Setelah sampai, saya terlihat seorang sahabat meniaga nasi beriani ekonomi (RM3 sahaja bagi nasi dan seketul ayam yang agak besar berbanding peniaga lain). Saya terus ke petak niaga beliau (kebetulan ada beberapa kawan turut singgah di situ). Tergerak hati untuk membeli 2 bungkus nasi beriani ekonomi beliau memandangkan lauk pauk masih banyak di meja niaganya.
Sampai di rumah, isteri tegur kenapa tak beli menu yang dipesan. Saya beli 2 bungkus Nasi Beriani (RM6), Laksa Kilo (RM3), Keropok Lekor (RM2) dan Tepung Talam (RM2). Alhamdulillah, isteri faham sebab saya bagitau beli untuk bantu kawan-kawan meniaga (mencari rezeki tambahan).
Sebelum itu, ada seorang kawan saya juga (berbangsa cina) mencari rezeki tambahan dengan menolong saya membaiki rumah saya (Ariq's Inn Changlun Homestay). Sanggup berbasah naik ke bumbung ketika hujan lebat. Kalau ada sebarang kerosakan di rumah, pasti saya hubungi beliau. Inshaa Allah beliau akan datang (tetapi bila lepas waktu pejabat atau hujung minggu sahaja). Sempat tanya tak balik tengok bini di Melaka ke? Dia jawab memang nak balik, tapi dah janji nak siapkan rumah kawan-kawan. Nasiblah isteri dia pun faham kan...
p/s : kalau sahabat kita meniaga dengan jujur dan baik, bantulah mereka. janganlah meminta diskaun harga yang melampau. kesian kat depa. Ingat rezeki Allah luas :)
Salam dari Panglima Sintok
10.59 am (17/9/2015)
No comments:
Post a Comment