Tuesday, 14 April 2015

Daun Cekur


Cekur adalah sejenis  tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daunnya boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. 

Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. 

Ia amat sesuai ditanam di dalam pasu dan mudah dibiak. Rizom cekur mengandungi air, zink, kalsium, zat besi, kalium, sineol, asid metil kanil, borneol dan lain-lain.

Sesuai bagi ibu dalam pantang (kecutkan rahim dan keluarkan angin). Cekur juga digunakan bagi mengubati sakit gigi, batuk, sakit tekak dan demam panas serta bertindak sebagai anti bakteria, anti keradangan dan antifungus. Kalau selalu amalkan ia dapat mencegah sakit dan awet muda.

p/s : cekur mudah dibiakkan melalui rizom (ubi)


No comments:

Post a Comment