Wednesday, 16 September 2015

Erti Sahabat

Assalamualaikum semua sahabat Panglima Sintok,

Hari ini sudah dua hari bumi Sintok, Changlun dan lain-lain yang berdekatan telah dilimpahi rahmat hujan. Khabarnya hari ini, ada rumah yang telah dilinangi air (bah) terutamanya di Perlis dan Changlun. Ujian Allah untuk hambanya. Innalilahi wainna ilaihi rojiun :(

Pagi ni nak tulis sikit pasal erti sahabat. Semalam ketika hujan lebat berhenti sebentar, saya telah ke Pasar Malam Changlun (PMC). Tengok para peniaga tabah meniaga walaupun hujan lebat tidak terhenti-henti.

Saya cuba mencari kuewtiaw / bihun sup untuk hidangan makan malam. Makanan yang dipesan oleh isteri untuk menu berbuka puasa untuk Mak Mertua dan anak-anak.

Setelah sampai, saya terlihat seorang sahabat meniaga nasi beriani ekonomi (RM3 sahaja bagi nasi dan seketul ayam yang agak besar berbanding peniaga lain). Saya terus ke petak niaga beliau (kebetulan ada beberapa kawan turut singgah di situ). Tergerak hati untuk membeli 2 bungkus nasi beriani ekonomi beliau memandangkan lauk pauk masih banyak di meja niaganya.

Sampai di rumah, isteri tegur kenapa tak beli menu yang dipesan. Saya beli 2 bungkus Nasi Beriani (RM6), Laksa Kilo (RM3), Keropok Lekor (RM2) dan Tepung Talam (RM2). Alhamdulillah, isteri faham sebab saya bagitau beli untuk bantu kawan-kawan meniaga (mencari rezeki tambahan).

Sebelum itu, ada seorang kawan saya juga (berbangsa cina) mencari rezeki tambahan dengan menolong saya membaiki rumah saya (Ariq's Inn Changlun Homestay). Sanggup berbasah naik ke bumbung ketika hujan lebat. Kalau ada sebarang kerosakan di rumah, pasti saya hubungi beliau. Inshaa Allah beliau akan datang (tetapi bila lepas waktu pejabat atau hujung minggu sahaja). Sempat tanya tak balik tengok bini di Melaka ke? Dia jawab memang nak balik, tapi dah janji nak siapkan rumah kawan-kawan. Nasiblah isteri dia pun faham kan...

p/s : kalau sahabat kita meniaga dengan jujur dan baik, bantulah mereka. janganlah meminta diskaun harga yang melampau. kesian kat depa. Ingat rezeki Allah luas :)

Salam dari Panglima Sintok
10.59 am  (17/9/2015)

Homestay Changlun : Ariq's Inn

Sila hubungi / whatsapp Ariq's Inn Changlun Homestay

Saturday, 12 September 2015

Hijaunya Bumi Allah

Pagi ni nak syer bagaimana Panglima Sintok nak jimat cermat dalam mengindahkan teratak kami di Taman Akasia, Changlun ni.

Sudah tentulah kena jadi hang kebun sendiri. Ambik cangkul, korek tanah, buang tanah dan ratakan tanah. Sakit jugalah urat-urat badan ni, maklumlah bukan rutin harian. Asyik pakai kemeja ke pejabat je kan.

Alhamdulillah, saya dapatkan rumput karpet (Philipine) dari seorang kontraktor landskap dengan harga RM2 satu (saiz 2 kaki x sekaki). Kalau cari di Nursery.. RM3 ke RM3.5o satu.

Diyanah dan Hazim sedang berlatih badminton untuk jadi juara di sekolah nanti
 
Lepas tu pi hardware, beli pasir (sederhana) dan ratakan sebelum proses menanam rumput tersebut. Jangan lupa racun dulu kawasan tersebut supaya tiada akar atau rumput liar yang tumbuh.

Lepas tu, tanam juga pokok hiasan (bunga) seperti heliconia, ati ati, lidah jin, exora, serai wangi, ros, bunga raya, keladi, bunga cina dan lain-lain (tak ingat nama saintifiknya)...

Alhamdulillah tenang melihat kehijauan anugerah Allah ini :)

* Inshaa Allah, gambar kawasan kebun herba dan rumput "cow grass" akan menyusul nanti jika berkesempatan

Tuesday, 8 September 2015

Kadar Penginapan Ariq's Inn Homestay Changlun 2016

Assalamulaikum buat semua pembaca Panglima Sintok.

Disertakan Kadar Penginapan Ariq's Inn Homestay Changlun mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016 :

1) Pakej Jimat (Isnin hingga Khamis) : RM120/sehari (RM100 hari seterusnya)

2) Pakej Hujung Minggu (Jumaat - Ahad) : RM130/sehari (RM100 hari seterusnya)

3) Pakej Mingguan (7 hari) : RM700 (RM100/sehari)

* Pakej ini tidak sah semasa :
~ Konvokesyen / Pendaftaran Pelajar (IPTA / Kolej)
~ Cuti Umum

Sila hubungi : 
019-4033666 En. Li
019-4065466 Puan As 

ATAU 

layari http://changlunbudgethomestay.blogspot.my untuk dapatkan promosi terkini di Ariq's Inn Homestay Changlun.

Sunday, 6 September 2015

Budget Homestay Changlun is Now Open

ARIQ'S INN  (HOMESTAY / GUEST HOUSE)

 
~ This house located at Changlun Town - within walking distance to shooping center (Kompleks Changloon), Supermarket (CMart), RHB Bank, CIMB Bank, 7 Eleven, Polyclinic etc.


~ Near to Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis, Kolej Matrikulasi Kedah, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kolej Pertanian Malaysia, MARDI, Thailand


~ Open for Daily / Weekly / Monthly Rental


~ Starting from RM120/Night (special rate for booking more than 2 days) ** T&C apply


Call / Whatsapp : 019-4033666 / 0194065466







 

Changlun or Changloon?


Changlun is a main border town in Kedah, Malaysia. It is located in the district of Kubang Pasu, about 50 km north from Alor Setar and 10 km near Bukit Kayu Hitam. The word "Changlun" originates from Thai (Chang Loon), whcih means "fallen elephant"

The construction of the North-South Expressway passing through Changlun has enabled the town to enjoy smooth development. The completed UUM-Kuala Perlis Highway helps to speed up developement in the town as well.

Changlun known as hub of higher education institution such as Universiti Utara Malaysia, Kolej Matrikulasi Kedah, Akademik Binaan Malaysia, Kolej Pertanian Malaysia and MARDI. Very near to Universiti Malaysia Perlis, Politeknik Tunku Syed Sirajuddin and Universiti Teknologi Mara.