Tuesday, 21 April 2015

Katakan Tidak Kepada Styrofoam Atau Polystrene

Styrofoam @ Polystrene : Pembunuh Manusia dan Alam
Assalamualaikum Semua,

Hari ni, saya menyeru semua agar kita tidak lagi mengunakan Styrofoam / Polystrene ini. Ia adalah punca utama Kanser, Leukimia dan lain-lain lagi. Walaupun ia amat murah dan mudah, tetapi memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kita semua.

Sifatnya yang tidak terurai dan berkimia, menyebabkan ia tidak dapat dikitar semulajadi  oleh alam ini.

Fikirkanlah bersama.. Katakan tidak kepada Styrofoam / Polystrene ini. Sayangilah diri dan keluarga kita..

Monday, 20 April 2015

Durian Belanda



Sumber Gambar : Wikipedia

Durian Belanda (Soursop) adalah sejenis buah yang lembut dan mempunyai khasiat dari segi perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, ulser perut, gastrik, cirit birit dan sebagainya. Walaupun namaya durian, ia bukanlah dalam golongan buah durian.

Sumber bacaan sesuai untuk bacaan bersama, sila rujuk http://www.durianbelanda.com

Wednesday, 15 April 2015

Pokok Kunyit

(Sumber Gambar : Google)


Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang seringkali digunakan dalam masakan ie masak lemak, masak kuning, kari dan sebagainya. Rizomnya turut dibuat sebagai pewarna asli (kuning) dalam masakkan. Tanaman ini juga sebagai pembersih dalaman (badan) dan mencantikkan muka dan kulit. Manakala daunnya  digunakan dalam masakan dan bunganya dibuat sebagai ulam-ulaman. 

Saya telah membiakkan pokok kunyit dengan mengambil tunas yang baru (bersama rizom kunyit) dan disemai dalam pasu / polibeg. Amat sesuai ditanam di tanah gambut atau tanah yang ringan. Inshaa Allah mudah dijaga dan tidak perlu ke pasar untuk membeli kunyit atau daunnya.

Serai Wangi


Serai Wangi atau nama botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga yang sama dengan serai makan. Merupakan sejenis tanaman yang menyerupai tumbuhan rumput. Mempunyai batang yang agak kecil dan pendek sedikit dari serai makan dan daun yang beraroma.

Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau serangga, herba perubatan tradisional dan industri produk wangi. 

Dalam masyarakat Melayu, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas bersalin. Ia juga digunakan sebagai penghalau nyamuk, lipas, semut dan tikus.

p/s : ditanam melalui keratan batang.. Inshaa Allah wangi di laman rumah nanti

Tuesday, 14 April 2015

Daun Cekur


Cekur adalah sejenis  tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daunnya boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. 

Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. 

Ia amat sesuai ditanam di dalam pasu dan mudah dibiak. Rizom cekur mengandungi air, zink, kalsium, zat besi, kalium, sineol, asid metil kanil, borneol dan lain-lain.

Sesuai bagi ibu dalam pantang (kecutkan rahim dan keluarkan angin). Cekur juga digunakan bagi mengubati sakit gigi, batuk, sakit tekak dan demam panas serta bertindak sebagai anti bakteria, anti keradangan dan antifungus. Kalau selalu amalkan ia dapat mencegah sakit dan awet muda.

p/s : cekur mudah dibiakkan melalui rizom (ubi)


Pokok Belalai Gajah




Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik. (Sumber : Utusan Malaysia)

Inshaa Allah!!!


p/s : sesiapa nak pokok belalai gajah boleh dapatkan dari saya :)