Biarlah gambar berbicara... Alhamdulillah dengan izin Allah, projek taman herba nampaknya membuahkan hasil..
Tuesday, 3 March 2015
Kancil oh Kancil Part II
Alhamdulillah, hari ni selepas kancil membuat percubaan masa dengan enjin baru terpaksa kembali ke Pit Stop :(
Hancur enjin baru ni.. air masuk dalam enjin. Bolehlah lepas ni pelihara ikan guppy dalam kereta.. atau memang teknologi terbaru menggunakan air bagi menggantikan minyak selinder @ hitam.. kononnya lebih mesra alam...
Kita tunggu seminggu lagi.. nak test dengan enjin lain pulak..
Monday, 2 March 2015
Kancil oh Kancil...
Hari ni kancil 660 auto selamat kembali ke rumah.. setelah dihantar ke bengkel hampir 2 minggu. Gara-gara kesilapan memilih mekanik, akhirnya terpaksa rujuk kepada mekanik lain.
Awalnya enjin tak boleh start, tarik ke bengkel..checked rupanya plug basah.. overheat lah tu.. kesian kereta gara-gara bagi budak2 UUM naik,, takpalah bab tu. Mekanik cadangkan potong head.. setuju :) tapi malangnya lepas seminggu kancil kembali overheat.. rujuk balik ke mekanik.. dia suruh flushing tangki.. setuju juga :)
Akhirnya... setelah 2 hari flushing kancil ku masih bermasalah.. rupanya air telah masuk dalam enjin. aduh.. Hahaha
p/s : kena pilih juga mekanik yang pandai.. kalau tak kes macam ini boleh dielak.. tak pasal2 kena tukar enjin.. Alhamdulillah

Sunday, 1 March 2015
Berbudi Pada Tanah
Nampaknya dalam tempoh 2 bulan ini (bermula tahun 2015) aku berjaya mengalih kepada satu hobi baru...Tukang Kebun :)
Sehingga kini, Alhamdulillah berjaya memulakan kebun herba dirumah.. Ada pokok cili api, cili, cekur, pengaga, salom, kesom, kucai,belalai gajah, pokok buasir (entah apa namanya, org yg bagi benih tu panggil pokok buasir je), kacang botor, ulam raja, serai kampung, serai wangi, daun kari, lengkuas, daun kunyit, limau purut, limau kasturi, limau nipis... banyak tu :)
Ditambah pula dengan tanam anak pokok pelam (Nam Dokmai), ciku madu, rambutan anak sekolah, kelapa pandan, delima (2 jenis) dan matakucing... paling teruja ialah pokok pelam yang baru ditanam 2 bulan sudah berbunga...Alhamdulillah..
p/s : pic coming soon
Subscribe to:
Posts (Atom)