Dedikasi lagu ini untuk sahabat dan teman yang telah menemui Pencipta Kita.. Semoga tenang dan berada bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah
Tuesday, 26 May 2015
Tuesday, 21 April 2015
Katakan Tidak Kepada Styrofoam Atau Polystrene
![]() |
| Styrofoam @ Polystrene : Pembunuh Manusia dan Alam |
Hari ni, saya menyeru semua agar kita tidak lagi mengunakan Styrofoam / Polystrene ini. Ia adalah punca utama Kanser, Leukimia dan lain-lain lagi. Walaupun ia amat murah dan mudah, tetapi memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kita semua.
Sifatnya yang tidak terurai dan berkimia, menyebabkan ia tidak dapat dikitar semulajadi oleh alam ini.
Fikirkanlah bersama.. Katakan tidak kepada Styrofoam / Polystrene ini. Sayangilah diri dan keluarga kita..
Monday, 20 April 2015
Durian Belanda
![]() |
| Sumber Gambar : Wikipedia |
Durian Belanda (Soursop) adalah sejenis buah yang lembut dan mempunyai khasiat dari segi perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, ulser perut, gastrik, cirit birit dan sebagainya. Walaupun namaya durian, ia bukanlah dalam golongan buah durian.
Sumber bacaan sesuai untuk bacaan bersama, sila rujuk http://www.durianbelanda.com
Wednesday, 15 April 2015
Pokok Kunyit
![]() |
| (Sumber Gambar : Google) |
Kunyit
merupakan sejenis tumbuhan yang seringkali digunakan dalam masakan ie masak
lemak, masak kuning, kari dan sebagainya. Rizomnya turut dibuat sebagai pewarna
asli (kuning) dalam masakkan. Tanaman ini juga sebagai pembersih dalaman
(badan) dan mencantikkan muka dan kulit. Manakala daunnya digunakan dalam masakan dan bunganya dibuat
sebagai ulam-ulaman.
Saya telah membiakkan pokok kunyit dengan mengambil tunas
yang baru (bersama rizom kunyit) dan disemai dalam pasu / polibeg. Amat
sesuai ditanam di tanah gambut atau tanah yang ringan. Inshaa Allah mudah
dijaga dan tidak perlu ke pasar untuk membeli kunyit atau daunnya.
Serai Wangi
Serai Wangi atau nama botaninya
(Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga yang sama
dengan serai makan. Merupakan sejenis tanaman yang menyerupai tumbuhan rumput. Mempunyai batang yang agak kecil dan pendek sedikit dari serai makan dan daun yang beraroma.
Serai wangi biasanya ditanam di
kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi
juga boleh digunakan untuk menghalau serangga, herba perubatan tradisional dan industri
produk wangi.
Dalam masyarakat Melayu, pati minyak serai wangi berguna untuk
mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas
bersalin. Ia juga digunakan sebagai penghalau nyamuk, lipas, semut dan tikus.
p/s : ditanam melalui keratan batang.. Inshaa Allah wangi di laman rumah nanti
Tuesday, 14 April 2015
Daun Cekur
Cekur
adalah sejenis tumbuhan herba yang
bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daunnya
boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang
berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu.
Batang yang muda
biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu.
Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Ia amat sesuai ditanam di
dalam pasu dan mudah dibiak. Rizom cekur mengandungi air, zink, kalsium, zat besi, kalium, sineol, asid metil kanil, borneol dan lain-lain.
Sesuai bagi ibu dalam pantang (kecutkan rahim dan keluarkan angin). Cekur juga digunakan bagi mengubati sakit gigi, batuk, sakit tekak dan demam panas serta bertindak sebagai anti bakteria, anti keradangan dan antifungus. Kalau selalu amalkan ia dapat mencegah sakit dan awet muda.
p/s : cekur mudah dibiakkan melalui rizom (ubi)
Pokok Belalai Gajah
![]() |
Daun belalai gajah atau Sabah
Snake Grass (SSG) mempunyai anti oksidan yang
tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh
manusia.
Khasiat daun tersebut mampu
membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang,
radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes,
mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di
samping mengurangkan keletihan.
Herba ini turut dikenali sebagai
You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
Kajian mendapati bahawa daun ini
tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi
pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
Menurut kajian Jabatan
Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG
terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya
mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan
dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja
berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Kajian-kajian ini membuktikan
bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan
langkah alternatif yang baik. (Sumber : Utusan Malaysia)
Inshaa Allah!!!
p/s : sesiapa nak pokok belalai
gajah boleh dapatkan dari saya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)